World Wellness Weekend 15-16-17 Sept 2023 #WorldWellnessWeekend #WellnessForAll

Top
Mengenai WWW - World Wellness Weekend
fade
8514
page-template-default,page,page-id-8514,page-parent,mkd-core-1.3,wellspring child theme-child-ver-1.0.0,wellspring-ver-2.3,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-down-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,wpb-js-composer js-comp-ver-6.10.0,vc_responsive

Mengenai WWW

World Wellness Weekend / Mengenai WWW

PENGLIHATAN

''Kita hidup dua kali, dan yang keduanya bermula apabila kita sedar yang kita hidup hanya sekali.`` Confucius

Kesihatan adalah hubungan bertanggungjawab antara diri dan tubuh. Epigenetik menunjukkan bahawa cara kita hidup mempunyai kesan yang besar terhadap ungkapan gen kita. Bagaimana kita tidur, makan, bergerak, berehat dan berhubungan, memberi kesan sama ada ia mengekalkan badan dan minda dalam keadaan yang penuh daya; atau membawa kepada ketidakseimbangan yang mengakibatkan masalah kesihatan.

Sejak 2017, kami telah menggalakkan pakar-pakar terulung kesihatan dari bidang hospitaliti, kecergasan, kecantikan dan pelancongan seluruh dunia untuk membuka pintu mereka, mempamerkan kepakaran pasukan mereka (dengan melibatkan komuniti tempatan) dan menaikkan profil mereka.

Pada 15-16-17 September 2023, dari terbitnya matahari di Fiji dan terbenamnya matahari di Hawaii, mari kita tawarkan cara kreatif untuk menggalakkan semua individu supaya dapat merasai konsep kesihatan ini, dan menjadi diri terbaik mereka. #OnePlanet #WellnessForAll

MISI

Matlamat World Wellness Weekend (WWW) adalah untuk memberi INSPIRASI dan MEMPERKASA individu supaya membuat pilihan yang lebih sihat dan menjalani gaya hidup cergas bersama keluarga dan rakan-rakan. Situasi kesihatan sedunia sentiasa mengingatkan betapa pentingnya sistem imun yang kuat.
Antara 17 Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, SDG 3 adalah Kesihatan dan Kesejahteraan Baik untuk Semua. Bersama dengan Institut Indeks Kelestarian Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, WWW menggalakkan pelbagai lokasi, kumpulan, persatuan, pusat maklumat pelawat dan pihak berkuasa tempatan untuk menganjurkan aktiviti kesihatan yang PERCUMA, SERONOK & KREATIF pada hujung minggu ketiga di bulan September, tepat sebelum ekuinoks di mana kepanjangan siang dan malam adalah sama, sebagai simbol keharmonian antara kerja dan kehidupan.

2,310 lokasi mengambil bahagian pada 2021 di 133 negara.

PENGASAS

“Tiada yang lebih mulia dalam hidup ini daripada menggalakkan setiap individu untuk menjadi versi terbaik mereka (secara mental, fizikal dan emosi.) - Jean-Guy de Gabriac, pengasas World Wellness Weekend
Jean-Guy de Gabriac

“Rasanya hebat apabila sihat!” kata Jean-Guy de Gabriac, pengasas World Wellness Weekend. Jean-Guy menguruskan TIP TOUCH International, sebuah syarikat latihan yang sememangnya berdedikasi untuk menaikkan taraf Pengalaman Tetamu. Sejak 2001, Jean-Guy menjadi konsultan di hotel, spa, salon dan kolam air panas seluruh dunia. Beliau juga memberi syarahan di lebih 50 persidangan antarabangsa, memperkasakan individu dan menyumbang lebih 300 artikel berkaitan spa, pembangunan profesional dan perkembangan peribadi. Jean-Guy pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Inisiatif Institut Kesihatan Global, penerbit Persidangan Spa dan Kesihatan Global (Dubai, London, Phuket), hakim untuk Anugerah Spa dan Kesihatan Global dan hakim di Kejohanan Urut Dunia.

Wellfie of Todd Shaw and Jean-Guy de Gabriac

Kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman atas talian yang terbaik. Dengan bersetuju, anda menerima penggunaan kuki mengikut polisi kuki kami

Privacy Settings saved!
Tetapan Privasi

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia mungkin menyimpan atau mengambil maklumat dari pelayar anda, kebanyakannya dari jenis kuki. Kawal Khidmat Kuki anda di sini.


  • _cfduid

  • wordpress_test_cookie
  • wordpress_logged_in_
  • wordpress_sec

  • pll_language

Decline all Services
Accept all Services