World Wellness Weekend 15-16-17 Sept 2023 #WorldWellnessWeekend #WellnessForAll

Top
Soalan Lazim Lokasi - World Wellness Weekend
fade
66625
page-template-default,page,page-id-66625,mkd-core-1.3,wellspring child theme-child-ver-1.0.0,wellspring-ver-2.3,mkdf-smooth-scroll,mkdf-smooth-page-transitions,mkdf-ajax,mkdf-grid-1300,mkdf-blog-installed,mkdf-header-standard,mkdf-sticky-header-on-scroll-down-up,mkdf-default-mobile-header,mkdf-sticky-up-mobile-header,mkdf-dropdown-default,wpb-js-composer js-comp-ver-6.10.0,vc_responsive

Soalan Lazim Lokasi

World Wellness Weekend / Soalan Lazim Lokasi
S: Mengapa saya perlu daftar acara saya?

J: Jika anda ingin meningkatkan kesedaran tentang kebaikan gaya hidup sihat melalui aktiviti anda; menggalakkan pasukan anda untuk mencipta pengalaman khas & unik yang baru; menyatukan semua jabatan di bawah nilai jenama anda dengan semangat membina pasukan; mempromosi besar-besaran di media dan menarik perhatian wartawan, blogger, influencer; menarik pelanggan dan ahli-ahli baru.

S: Adakah pendaftaran acara saya PERCUMA?

J: YA. Ia adalah PERCUMA untuk mendaftarkan acara anda. Perbelanjaan World Wellness Weekend dibiayai oleh Penaja Rasmi. (LINK ke laman Penaja)

S: Apa perlu saya lakukan selepas mendaftar?

A: Untuk mengambil bahagian, setiap lokasi (atau pakar kesihatan) hendaklah bersetuju untuk mengatur di premisnya, di bandar atau kawasan semula jadi, satu bengkel kumpulan 60 minit yang mempromosikan gaya hidup sihat melalui pemakanan, aktiviti fizikal, kesedaran (mindfulness) atau kelestarian.

S: Bila perlu saya mendaftar acara saya untuk mendapat pendedahan maksimum?

J: Kami menggalakkan anda mendaftar secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga minit terakhir. Pendaftaran awal boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda kerana anda muncul di enjin carian, meningkatkan SEO anda. Media tempatan juga boleh menyebarkan berita mengenai acara anda. Selalunya, mendaftar lewat meningkatkan risiko kurangnya orang ramai ke acara anda.

S: Bagaimana orang ramai boleh mencari acara saya?

J: Individu yang berminat dengan aktiviti & acara kesihatan anda boleh dengan mudah mencari premis anda. Menggunakan alat enjin carian, mereka akan mencari aktiviti berhampiran mereka. Contohnya jika anda mewakili studio yoga di Paris, bila-bila masa seseorang mencari yoga atau aktiviti di Paris, lokasi anda akan tersenarai.

S: Apakah jenis aktiviti yang boleh saya anjurkan?

J: Kami telah menyusun beberapa idea contoh yang menyeronokkan dalam LINK video ini.

S: Adakah anda mempunyai bahan promosi yang boleh saya gunakan untuk mengiklankan acara saya?

J: YA. Muat turun Kit Penyertaan WWW 2021 dengan dokumen dan grafik yang boleh digunakan (Logo, font tulisan, poster, maklumat grafik, gambar, senarai aktiviti yang disyorkan) … Cari di SINI. Juga, ikuti halaman Facebook dan buletin bulanan kami di mana anda boleh mendapatkan banyak tip pemasaran untuk mendapatkan pulangan yang besar dari acara anda.

info@weekend-wellness.com

S: Saya mempunyai masalah mendaftarkan acara saya dan mencarinya dalam enjin carian

J: Jika anda mempunyai masalah dengan pendaftaran acara, mungkin tutorial ringkas ini dapat membantu LINK. Jika anda masih menghadapi kesukaran dengan pendaftaran – anda boleh menghubungi kami di info@weekend-wellness.com. Penyelaras Acara kami atau Duta WWW terdekat anda akan membantu dengan senang hati.

S: Adakah anda mengiklankan premis saya?

J: World Wellness Weekend BUKAN sebuah syarikat pengiklanan. Ia adalah platform yang mewujudkan satu acara GLOBAL supaya perniagaan TEMPATAN boleh menyertai dan menganjurkan aktiviti SERONOK & PERCUMA pada 18 & 19 September 2021. Memandangkan setiap lokasi perniagaan mendaftar secara PERCUMA, ia memberi komitmen untuk menyebarkan maklumat ini ke seluruh rangkaiannya, di media tempatan dan media sosial. Dengan beribu-ribu aktiviti yang dianjurkan di 120 negara, World Wellness Weekend memberikan peluang kepada perniagaan kesihatan untuk memberi sumbangan kepada komuniti tempatan dan meningkatkan profil mereka. Kemunculan lokasi anda di laman web World Wellness Weekend dan Peta World Wellness adalah sejenis pendedahan (bukan “pengiklanan”). Lokasi yang kreatif dan acara paling menarik dan menyeronokkan akan muncul dalam Siaran Akhbar kami, dan pada akaun media sosial kami. Dengan beribu-ribu lokasi mengambil bahagian, pihak yang paling kreatif dan aktif akan mendapat peluang istimewa untuk meningkatkan kesedaran jenama mereka dan memikat hati pelanggan atau ahli baru.

Kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman atas talian yang terbaik. Dengan bersetuju, anda menerima penggunaan kuki mengikut polisi kuki kami

Privacy Settings saved!
Tetapan Privasi

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia mungkin menyimpan atau mengambil maklumat dari pelayar anda, kebanyakannya dari jenis kuki. Kawal Khidmat Kuki anda di sini.

Decline all Services
Accept all Services